99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Menteri Luar China, Maldives Bertemu di Beijing

(CRI)Selasa 23 Julai 2024

Menteri Luar China Wang Yi bertemu rakan sejawatnya dari Maldives, Moosa Zameer di Beijing pada Isnin.

Wang menyatakan Presiden China Xi Jinping dan Presiden Maldives Mohamed Muizzu pada Januari lalu sepakat meningkatkan hubungan dua hala ke peringkat perkongsian strategik komprehensif, di samping bersinergi membina komuniti berkongsi nasib sesama negara.

China bersedia bersama Maldives melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, memperdalam kesalingpercayaan politik, merapatkan pertukaran muhibah melibatkan pelbagai peringkat dan mengukuhkan kerjasama saling untung dalam segenap aspek.

Sementara itu, Zameer berkata pihaknya yakin bahawa pemerkasaan pembaharuan secara menyeluruh yang dilakukan China pasti akan membawa lebih banyak manfaat kepada dunia.

Beliau turut meluahkan keinginan untuk terus aktif menyertai kerjasama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) sambil memperkasa kolaborasi dalam bidang perdagangan, kewangan, pelancongan, sosiobudaya dan lain-lain.

Video

Berita Berkaitan