- Lain-lain
China Seru Sinergi Gerak Pelaksanaan 'Penyelesaian Dua Negara'
Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Fu Cong menekankan bahawa formula 'penyelesaian dua negara' adalah satu-satunya jalan keluar yang boleh laksana bagi merungkai isu Palestin-Israel.
Penekanan itu dibuat beliau ketika berucap dalam sesi debat terbuka Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengenai isu Palestin-Israel pada Rabu.
Fu berkata China teguh mendukung perjuangan Palestin untuk menubuhkan negara merdeka sambil menegaskan kepentingan menghormati kehendak rakyat Palestin dalam perbincangan mengenai tadbir urus pasca perang.
Beliau menyeru supaya persidangan damai antarabangsa yang berskala lebih besar, lebih berwibawa dan lebih efektif dianjurkan untuk menggubal jadual waktu dan peta jalan konkrit bagi pelaksanaan formula 'penyelesaian dua negara'.
Fu berkata gencatan senjata serta-merta dan berkekalan merupakan prasyarat diperlukan untuk menyelamatkan nyawa mereka yang tidak berdosa.
China mendesak Israel segera menghentikan semua operasi ketenteraan di Gaza, menarik balik sekatan ke atas Gaza dan membuka semua lintasan darat sekali gus memastikan penghantaran dan pengedaran bekalan kemanusiaan dijalankan dengan cepat, selamat dan teratur.
Beliau menambah China akan terus berusaha bersama pihak terbabit ke arah menamatkan pertempuran dan meredakan malapetaka kemanusiaan di Gaza serta menggerakkan pelaksanaan 'penyelesaian dua negara'.
- Usah Heret Asia Barat ke Malapetaka Lebih Serius - Kata Wakil China
- Serangan Udara Terkini Israel terhadap Gaza Bawa Maut dan Kecederaan
- China Undi Sokong Resolusi UNSC Berkaitan Gaza
- Columbia Usir Duta Israel
- Maldives Larang Kemasukan Warga Israel
- China Seru Wujudkan Gencatan Senjata dan Selesaikan Bencana Kemanusiaan di Gaza
- China Desak Israel Hentikan Serangan terhadap Rafah
- Guterres Alu-alukan Barang Kemanusiaan Diangkut ke Gaza
- Sekurang-kurangnya 39 Maut Pengeboman Israel
- China Gesa Noktahkan Kesengsaraan Rakyat Palestin