- Lain-lain
China Desak Israel Hentikan Serangan terhadap Rafah
China mendesak Israel mendengar seruan masyarakat antarabangsa dan menghentikan serangan ke atas Rafah di selatan Semenanjung Gaza.
Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning pada sidang akhbar Selasa sebagai respons terhadap laporan berhubung serangan udara Israel terhadap kem pelarian di Rafah yang mengakibatkan lebih 40 rakyat Palestin termasuk kanak-kanak terbunuh, dan gesaan pemimpin beberapa negara tentang pelaksanaan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang bertujuan menghalang operasi ketenteraan Israel.
Mao Ning berkata, China berpendirian konsisten dan jelas mengenai konflik Palestin-Israel, menolak sebarang tindakan yang bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, termasuk undang-undang kemanusiaan antarabangsa, menggesa pelbagai pihak bertindak melindungi rakyat jelata dan kemudahan awam, dan menyeru masyarakat antarabangsa bekerjasama untuk meredakan dan menamatkan malapetaka kemanusiaan di Gaza.
- Guterres Alu-alukan Barang Kemanusiaan Diangkut ke Gaza
- Sekurang-kurangnya 39 Maut Pengeboman Israel
- China Gesa Noktahkan Kesengsaraan Rakyat Palestin
- 80 Peratus Hospital di Gaza Henti Operasi
- Guterres Seru Gencatan Senjata Kemanusiaan di Gaza
- China Sokong UNSC Bahas Semula Permohonan Palestin Anggotai PBB
- Protes di Kampus AS, Lebih 2,000 Ditangkap
- Perang Bantut Pembangunan Gaza Berdekad-dekad: PBB
- Israel Lancar Serangan Terhadap Rafah, 19 Maut
- Kira-kira Seratus Penunjuk Perasaan Pro-Palestin Ditahan Polis