99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Sepasang Baju Nyonya, Selembar Sejarah Bersama

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 11 Julai 2024

Bermula dari pelayaran Cheng Ho ke Barat pada awal abad ke-15, hinggalah gelombang migrasi buruh ke Asia Tenggara pada awal abad ke-19, dalam tempoh lebih 400 tahun ini, orang China sering pergi balik ke Tanah Melayu atau Malaysia dan negara-negara lain.

Sesetengah daripada mereka bermastautin di tempat-tempat seperti Melaka lalu berkahwin campur dengan orang tempatan. Di Melaka, keturunan mereka dikenali sebagai Baba Nyonya. Golongan ini terus berkembang hingga lahirnya budaya Baba Nyonya yang unik.

Budaya Baba Nyonya bukan sahaja mengekalkan unsur-unsur budaya tradisional Cina, tetapi menggabungkannya dengan budaya Melayu tempatan untuk membentuk elemen budaya tersendiri dalam aspek bahasa, makanan, pakaian, seni bina dan sebagainya. Misalnya, pakaian Nyonya berasal daripada cheongsam, biasanya disulam corak tradisional Cina seperti burung phoenix dan bunga peony, dengan warna-warna yang menjadi kegemaran masyarakat Melayu seperti hijau firus.

Kaum Baba Nyonya dan budaya yang mereka amalkan adalah contoh pertukaran dan integrasi pelbagai budaya.

Pada 20 hingga 28 Mei, kru People’s Daily Online membuat penggambaran di Asia Tenggara. Dengan memperagakan pakaian Nyonya sewaktu di Melaka, mereka menonjolkan pesona dan daya tahan interaksi dan integrasi budaya, serta kesalinglengkapan dan saling belajar antara pelbagai budaya.?

Video

Berita Berkaitan