- Lain-lain
China Usaha Habis-habisan Dalam Respons Kecemasan Banjir
Foto udara yang diambil menggunakan dron ini memperlihatkan penyelamat sedang bekerja di benteng untuk membendung kesan paip di Kaunti Huarong, Provinsi Hunan, tengah China, 8 Julai 2024. (Xinhua/Chen Zeguo) |
China telah menyiapkan benteng sepanjang kira-kira 12 kilometer, yang terletak kira-kira 40 kilometer ke bahagian barat bandar Yueyang, Provinsi Hunan, tengah China.
Menurut Kementerian Sumber Air pada Rabu, ia sekali gus mengukuhkan kerja-kerja pencegahan banjir di Tasik Dongting.
Benteng tersebut yang berfungsi sebagai barisan pertahanan ketiga telah siap sepenuhnya tepat pukul 6 petang hari Selasa yang mula dibuat pada Isnin. Tambak itu merupakan sebahagian daripada respons kepada benteng pecah yang berlaku pada Jumaat di tasik air tawar kedua terbesar di China.
Difahamkan, pembinaan barisan pertahanan ketiga itu adalah bertujuan untuk mencegah bencana sekunder, dan menjamin agar keselamatan kawalan banjir di kawasan luar garis pertahanan tersebut.
Untuk rekod, ini merupakan antara usaha terkini yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap respons kecemasan banjir yang melanda di beberapa kawasan China termasuk di tengah, timur, selatan, barat daya dan timur laut.
Setakat Selasa, Pentadbiran Bomba dan Penyelemat Kebangsaan telah mengerahkan 209 pekerja penyelamat serta 72 trak bomba dan kenderaan penyelamat saliran bajir ke Hunan bagi membantu pihak berkuasa tempatan dalam operasi menyelamat.
Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat pada hari Selasa menyatakan bahawa sejak benteng pecah di Tasik Dongting, ia telah mengerahkan pekerja, trak dan generator untuk membaik pulih kecemasan, selain telah berjaya memastikan operasi telekomunikasi berjalan seperti biasa, kecuali di kawasan berair.
Pada hari sama, Kementerian Kewangan dan Kementerian Sumber Air telah memperuntukkan dana tambahan sebanyak RMB848 juta (AS$118.9 juta) bagi membantu usaha menyelamat banjir tempatan.
Jabatan Organisasi Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China juga pada Selasa telah memperuntukkan sejumlah RMB231 juta bagi usaha-usaha tersebut di sembilan tempat bertaraf provinsi termasuk Hunan dan Anhui.
Minggu ini, Ibu Pejabat Kawalan Banjir dan Bantuan Kemarau Negera telah mengaktifkan respons kecemasan Tahap IV secara berturut-turut terhadap banjir di Shandong, Chongqing dan Jiangsu berikutan hujan lebat berterusan.
Pada Rabu, China memperbaharui amaran kuning untuk ribut hujan, amaran ketiga paling teruk dalam sistem amaran cuaca empat peringkatnya.
Memetik Pusat Meteorologi Negara, beberapa kawasan di Sichuan, Chongqing, Shaanxi, Hubei, Henan, Anhui, Jiangsu, Shanghai, Xizang dan Yunnan yang dijangka akan mengalami hujan lebat, dengan kawasan tertentu mungkin mengalami hujan lebat yang kuat sehingga 140 mm dalam tempoh 24 jam hingga 2 petang Khamis, menurut Pusat Meteorologi Negara.
- Air Banjir Mula Disalirkan Keluar dari Kawasan Tebing Tasik Dongting
- NDRC Peruntukkan RMB200 Juta Tangani Bencana
- China Tambah Peruntukan RMB45 juta, Pulihkan Jalan Rosak Akibat Banjir
- Xi Beri Arahan Mengenai Pencegahan dan Kawalan Banjir dan Kemarau
- 7 Maut Bencana Banjir di Jerman
- 41 Meninggal Bencana Banjir di Indonesia
- Banjir Ragut 90 Nyawa di Kenya
- Tujuh Maut Banjir Landa Kudus, Jawa Tengah
- 21 Maut Akibat Hujan Lebat di Indonesia
- 7 Maut dan 160,000 Lagi Terkesan Akibat Banjir di Selatan Thailand