- Lain-lain
Air Banjir Mula Disalirkan Keluar dari Kawasan Tebing Tasik Dongting
Tambak Tasik Dongting sepanjang 226 meter yang rosak akibat bencana banjir di provinsi Hunan sudah selesai dibaiki pada pukul 10.31 malam Isnin.
Sementara itu, air bah mula disalirkan keluar dari tanah paya bertambak dengan menggunakan pam, dan bantuan berkenaan juga disalurkan kepada penduduk tempatan untuk membantu mereka memulihkan pengeluaran dan kehidupan dengan secepat mungkin.
Pada masa ini, kemudahan untuk kegunaan penyaliran air bah seperti alat menyelam dan pam elektrik telah dihantar ke tapak yang terbabit, dan Pasukan Bomba dan Penyelamat Provinsi Hunan sudah memulakan operasi kecemasan sejak awal pagi tadi.
Turut hadir, pasukan bomba dan penyelamat dari provinsi Hubei, bandar Chongqing dan provinsi Guizhou yang dikerahkan oleh Jabatan Pentadbiran Bomba dan Penyelamat Kebangsaan China.
Untuk rekod, tanah paya bertambak seluas 47.64 kilometer persegi terkesan dalam bencana banjir pada 5 Julai lalu, sehingga 7,680 mangsa terpaksa berpindah ke kawasan yang selamat.
- NDRC Peruntukkan RMB200 Juta Tangani Bencana
- China Tambah Peruntukan RMB45 juta, Pulihkan Jalan Rosak Akibat Banjir
- Xi Beri Arahan Mengenai Pencegahan dan Kawalan Banjir dan Kemarau
- 7 Maut Bencana Banjir di Jerman
- 41 Meninggal Bencana Banjir di Indonesia
- Banjir Ragut 90 Nyawa di Kenya
- Tujuh Maut Banjir Landa Kudus, Jawa Tengah
- 21 Maut Akibat Hujan Lebat di Indonesia
- 7 Maut dan 160,000 Lagi Terkesan Akibat Banjir di Selatan Thailand
- Xi Tinjau Kerja Pembinaan Semula Pasca Banjir di Beijing, Hebei