- Lain-lain
People’s Daily, Media Kazakhstan, Saling Kongsi Pencapaian Kerjasama dalam Liputan BRI
Sesi perkongsian pencapaian kerjasama antara People’s Daily dan media-media Kazakhstan mengenai liputan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) diadakan di Astana Sabtu lalu, diserikan dengan kehadiran wakil kedua-dua negara.
Ahli Dewan Pertuanan Galiaskar Sarebayev, Alisher Satvardiev serta ketua-ketua media arus perdana tempatan telah hadir bagi mewakili Kazakhstan, manakala Timbalan Ketua Pengarang People’s Daily, Xu Lijing dan Kaunselor di Kedutaan China di Kazakhstan, Liu Hua merupakan antara wakil dari pihak China.
Para hadirin bersependapat mengenai pencapaian kerjasama China-Kazakhstan yang semakin meningkat dalam pembangunan BRI, selain turut berharap agar peranan media kedua-dua negara sebagai jambatan yang menjalinkan hubungan dapat diperkasa lagi untuk menyumbang kepada perkembangan dan kemakmuran bersama.
Sesi perkongsian ini adalah anjuran bersama People’s Daily dan Persatuan Pengajian China Kazakhstan, serta turut disertai 40 individu dari bidang politik, akademik dan media.
Ia kemudiannya disusuli dengan aktiviti promosi papan buletin elektronik People’s Daily, pelancaran dokumentari People’s Daily Online Win-win serta pengumuman pembukaan permohonan Anugerah Berita Global Jalan Sutera.
- Presiden Kazakhstan Bertemu Wang Yi
- Wang Yi Akan Hadir Sidang Menteri Luar SCO
- Xi, Tokayev Ucap Tahniah atas Pelancaran 'Tahun Pelancongan Kazakhstan' 2024
- Xi Temui Presiden Kazakhstan
- Xi Berunding dengan Presiden Kazakhstan
- China, Kazakhstan Komited Tingkatkan Kerjasama
- Xi Tahniah Tokayev Kekal sebagai Presiden Kazakhstan
- Xi Mula Lawatan ke Kazakhstan
- Lawatan Xi Perlihat Taraf Tinggi Hubungan China-Kazakhstan
- Hubungan China, Kazakhstan Terus Utuh