- Lain-lain
China Komited Berkongsi Dividen dan Peluang Pembangunan dengan Dunia
China komited berkongsi dividen dan peluang yang wujud dalam pembangunan domestiknya yang berkualiti tinggi, dan berganding bahu dengan pelbagai pihak mendorong proses pemodenan secara berterusan dalam senario global.
Demikian kata jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian pada sidang akhbar pada Khamis sebagai respons terhadap peningkatan unjuran Bank Dunia tentang kadar pertumbuhan ekonomi China bagi tahun 2024 daripada 4.5 peratus kepada 4.8 peratus.
Lin berkata, selain daripada laporan Prospek Ekonomi Global dari Bank Dunia, China juga mendapat maklum baru-baru ini bahawa Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sudah menyemak semula unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi negara ini bagi sepanjang tahun 2024 dengan meningkatkan 0.4 mata peratus berbanding yang dibuat pada April.
“Banyak institusi antarabangsa menaikkan ramalan tentang pertumbuhan ekonomi China untuk tahun ini memperlihatkan keyakinan penuh dari masyarakat antarabangsa terhadap ekonomi China,” kata jurucakap itu.
Laporan Prospek Ekonomi Global edisi Bank Dunia itu juga berbunyi bahawa pencapaian China dalam bidang ekonomi termasuk eksport lebih baik daripada jangkaan.
Sementara itu, statistik dari Jabatan Pentadbiran Am Kastam China menunjukkan import-eksport barangan China dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini naik 6.3 peratus tahun ke tahun.
Sebagai negara pengeluar dan pengguna utama di dunia, China bukan sahaja menyediakan produk yang berbaloi kepada negara lain, tetapi juga mewujudkan pasaran domestik yang besar untuk jualan produk asing.
“Terdapat analisis IMF yang menunjukkan bahawa peningkatan satu mata peratusan dalam pertumbuhan KDNK China secara puratanya menyumbang kepada peningkatan 0.3 mata peratusan dalam pertumbuhan entiti ekonomi lain.
"Di sebalik situasi antarabangsa yang rumit dan penuh dengan pergolakan, ekonomi China yang akomudatif tetap berperanan sebagai perintis yang kental dengan perjuangan,” kata Lin.
- Ekonomi China yang Cepat Pulih Suntik Keyakinan kepada Dunia
- Sumbangan China sebagai Enjin Pembangunan Global
- Anjuran China Gariskan Hala Tuju Pembangunan Dunia
- China, Enjin Penting Pertumbuhan Ekonomi Dunia
- China Berperanan Penting dalam Rantai Nilai Asia Pasifik
- China, Enjin Penting bagi Pemulihan Ekonomi Sejagat
- China Penyumbang Terbesar dari Asia Pasifik kepada Pertumbuhan Ekonomi Global
- Wawasan Pembangunan China Suntik Tenaga Positif kepada Dunia
- Xi Komited Beri Sumbangan Untuk Pembangunan Negara, Keamanan Dunia
- 2023 Diharap Bawa Sinar Harapan kepada Kerjasama Global: Penyelaras PBB