99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Bersantai Dalam Suasana Hiruk-Pikuk di Xi’an

Bersantai Dalam Suasana Hiruk-Pikuk di Xi’an
Pelancong yang berpakaian Hanfu, pakaian tradisional etnik Han, dan pakaian Dinasti Tang (618-907), bergambar di bandar Datang Everbright, sebuah mercu tanda pelancongan di Xi'an, ibu kota provinsi Shaanxi, di barat laut China. (People’s Daily Online/Weng Qiyu)

Para pengunjung yang sedang bersiar-siar di jalanan sekitar Xi’an, ibu kota provinsi Shaanxi di barat laut China, pastinya akan terbuai dalam suasana romantik dan bandar yang meriah.

Menjelang malam, bandar Datang Everbright, iaitu mercu tanda pelancongan Xi'an yang menampilkan jalan besar dengan ciri-ciri Dinasti Tang (618-907), dihiasi dengan tanglung berwarna-warni dan menarik.

Para pelancong yang berpakaian Hanfu, iaitu pakaian tradisional etnik Han, dan pakaian gaya Dinasti Tang akan membuat gaya menarik masing-masing untuk bergambar.

Di sebuah kawasan pemandangan yang penuh dengan pengunjung, pertunjukan interaktif popular iaitu " Grand Tang Secret Box," yang menampilkan dua pelakon berperanan sebagai pegawai pada Dinasti Tang telah dipentaskan, dan ia berjaya membuatkan orang ramai bergelak tawa, seterusnya mendapat tepukan.

Di Muslim Quarter, iaitu tarikan bandar terkenal di bandar ini, pelbagai makanan lazat memikat pelancong tempatan mahupun asing. Selepas mencuba kek kacang hijau, seorang pelawat asing memuji ketukangan tukang masak dalam dialek Shaanxi, menghiburkan orang sekeliling.

Mempunyai matlamat untuk menjadi sebuah bandar budaya yang diiktiraf di peringkat global, Xi'an aktif berusaha untuk meningkatkan mutu penjenamaan bandarnya. Bandar ini telah memberikan tumpuan terhadap mempromosikan integrasi budaya, perdagangan dan pelancongan, sambil meneroka kawasan baharu untuk pembangunan.

Video

Berita Berkaitan