- Lain-lain
Ladang Laut Pulau Wuzhizhou di Sanya, Hainan (3)
Seekor siput laut di ladang laut Pulau Wuzhizhou di Sanya, provinsi Hainan di selatan China, pada 16 Mei 2024. (Xinhua/Yang Guanyu) |
Ladang laut Pulau Wuzhizhou, iaitu ladang laut tropika pertama di China berjaya mencapai kemajuan yang luar biasa dalam pemulihan ekologi laut dan pemuliharaan sumber perikanan.
Untuk rekod, terumbu tiruan digunakan di seluruh dunia untuk meningkatkan ekologi lautan, dengan mewujudkan habitat tambahan untuk organisma akuatik dan ikan tempatan.
Sehingga April 2024, ladang laut tersebut telah menggunakan kira-kira 80,000 meter padu tukun tiruan dan terumbu kapal, sekali gus mewujudkan ekosistem marin yang berkembang maju, lengkap dengan terumbu karang, ikan, udang dan kerang.
Menurut statistik, lebih 51,000 batu karang berjaya dipindahkan di perairan sekitar Pulau Wuzhizhou.
Kini, kawasan itu menempatkan lebih daripada 300 spesies ikan terumbu karang, secara tidak langsung mencerminkan kekayaan biodiversiti yang telah dipupuk melalui usaha pemuliharaan tersebut.
- Lebih 940,000 Pelancong Manfaatkan Dasar Bebas Visa di Hainan
- Dron Kargo Mula Bawa Anak Benih dari Hainan
- Pelancongan yang Berunsurkan 'Pemuliharaan Kesihatan' Semakin Popular di Hainan
- Kedai Bebas Cukai Hainan Catat Jualan Memberangsangkan
- Hainan Edarkan Buku Panduan untuk Ekspatriat
- Persidangan Benih China 2024 Bakal Diadakan di Sanya
- Kebun Buah Naga di Hainan Seperti Langit Berbintang
- Jerayawara Pelancongan Hainan untuk Negara-negara ASEAN
- Lapangan Terbang Hainan Buka Lagi Enam Laluan
- Promosi Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan Diadakan di KL