99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Komited Sokong Pembangunan Ekonomi Tajikistan

(CRI)Isnin 20 Mei 2024

Ahli Biro Politik Jawatankuasa Puast Parti Komunis China (PKC) dan juga Menteri Luar China Wang Yi berkata, China menyokong secara aktif strategi pembangunan Tajikistan dalam sektor tenaga, pengangkutan, pertanian dan perindustrian.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan Presiden Tajikistan Emomali Rahmon di Dushanbe, pada Sabtu.

Wang berkata, China memberikan perhatian terhadap keperluan Tajikistan untuk bekerjasama, komited untuk meneroka kerjasama dalam bidang industri baharu muncul dan membantu Tajikistan meningkatkan tahap pembangunan ekonominya.

Selain itu, menurut Wang, China bersedia untuk memperkasakan kerjasama dengan Tajikistan dalam bidang keselamatan, di samping dengan tegas membanteras keganasan dalam apa jua bentuk.

Rahmon pula menyifatkan hubungan negaranya dengan China sebagai keutamaan dalam dasar luar Tajikistan.

Beliau menzahirkan harapan agar meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan China, memperkasakan kerjasama dua hala dalam sektor ekonomi dan perdagangan, tenaga, perlombongan, pengangkutan, pertanian, industri hijau dan kecerdasan buatan (AI), selain bersama-sama membanteras kumpulan pengganas, pelampau dan pemisah, sekali gus memperkukuh perkongsian strategik komprehensif dengan China.

Video

Berita Berkaitan