- Lain-lain
Hubungan China, Tajikistan Kekal Utuh
Presiden China Xi Jinping menyifatkan hubungan antara Beijing dengan Dushanbe yang terjalin sejak sekian lama, memiliki asas politik yang kukuh, konotasi kerjasama yang pelbagai dan sokongan awam yang meluas.
Xi berkata demikian semasa rundingan bersama rakan sejawatnya dari Tajikistan Emomali Rahmon di Xi’an, provinsi Shaanxi pagi tadi.
Menurut Xi, beliau amat berbesar hati apabila bertemu kenalan lamanya di bandar itu, dan mengalu-alukan kehadiran Rahmon untuk menyertai Sidang Kemuncak China-Asia Tengah serta melakukan lawatan rasmi ke China.
Sejak penjalinan hubungan diplomatik antara China dengan Tajikistan, ikatan dua negara itu dinaikkan kepada paras perkongsian strategik yang menyeluruh, kata Xi.
Selain itu, kedua-dua pihak sepakat untuk membina komuniti pembangunan dan komuniti keselamatan ketika Xi melawat ke Tajikistan pada 2019.
Sepanjang empat tahun, usaha membina komuniti berkenaan sudah mencapai kemajuan yang membanggakan.