99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Pelancongan yang Berunsurkan 'Pemuliharaan Kesihatan' Semakin Popular di Hainan (3)

(CRI)Selasa 30 April 2024
Pelancongan yang Berunsurkan 'Pemuliharaan Kesihatan' Semakin Popular di Hainan

Provinsi Hainan yang berbentuk pulau di selatan China mendapat gelaran "bar oksigen semula jadi" berkat suhu puratanya bagi sepanjang tahun yang mencatat kira-kira 22℃, dan 56.77% tanahnya yang bertaburan hutan.

Pakej pelancongan Hainan yang berunsurkan 'check-up + perubatan' giat diperkenalkan pada tahun-tahun kebelakangan ini, dan sudah menjadi semakin popular di kalangan pelancong yang bercuti di pulau itu.

Di tengah-tengah pembinaan Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan yang semakin dipergiatkan, Taman Pelancongan Perubatan Antarabangsa Leceng di pekan Bo'ao yang juga dikenali sebagai "Hope City" beransur-ansur dilengkapi dengan hospital, pusat jagaan, perkhidmatan perubatan tradisional Cina, terapi pencegahan, ubat-ubatan, check-up dan pemuliharaan kesihatan.

Menurut satu laporan diumumkan Allied Market Research, pasaran pelancongan berunsurkan perubatan dijangka bernilaiUSD 273.72 bilion (RM1.306 trilion) di seluruh dunia pada 2027, manakala Asia sedang menjadi "Pusat Pelancongan Perubatan" dalam senario global.

Video

Berita Berkaitan