99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Kali Pertama Bahaskan Draf Undang-undang Tenaga Atom

(CRI)Khamis 25 April 2024

Sesi kesembilan Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China Ke-14 diadakan pada 23 hingga 26 April ini untuk membahaskan sejumlah draf undang-undang termasuk yang melibatkan tenaga atom yang buat kali pertama dibentangkan untuk perbahasan.

Seiring dengan perkembangan yang cepat dalam sektor tenaga atom yang berkaitan rapat dengan keselamatan negara dan pembangunan sosioekonomi, China telah mengeluarkan secara berturut-turut lebih sepuluh undang-undang yang melibatkan sektor nuklear dan menetapkan peraturan yang terperinci tentang keselamatan nuklear, pencegahan dan rawatan terhadap pencemaran radioaktif.

Draf Undang-undang Tenaga Atom yang terdiri daripada 53 fasal dalam lapan bab itu merangkumi prinsip penerokaan dan penggunaan tenaga atom secara damai, serta sistem pemantauan dan tata kelola yang fungsinya jelas yang bertujuan menggalakkan pembangunan dan penyelidikan (R&D) serta aplikasi tenaga atom.

Video

Berita Berkaitan