- Lain-lain
Forum Uranium Antarabangsa Tumpu Kerjasama
Forum Pembangunan Industri Uranium Semula Jadi Antarabangsa edisi pertama diadakan di Beijing pada Sabtu. Pelbagai peserta bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman pembangunan industri uranium demi keterbukaan dan kerjasama bertahap tinggi.
Naib Pengurus Besar Kumpulan Nuklear Kebangsaan China (CNNC), Shen Yanfeng menyatakan, senario jana kuasa elektrik dengan menggunakan tenaga nuklear adalah teratur dan selamat di China.
"China mempunyai skop jana kuasa elektrik dengan menggunakan tenaga nuklear yang berada dalam pembinaan yang terbesar di dunia yang dipercayai mampu menyediakan permintaan pasaran besar kepada industri uranium semula jadi. Hendaklah mengamalkan konsep inovatif dan sisitematik, selamat dan hijau dalam pembangunan industri uranium semula jadi dan tenaga nuklear, " kata Shen.
Naib Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Liu Hua ketika menyampaikan ucapan video berkata, industri uranium semula jadi global masih menghadapi pelbagai cabaran. Maka, masyarakat antarabangsa perlu meningkat singergi dan bersama-sama berusaha memacu industri uranium semula jadi berkembang secara berkekalan dalam senario global.
- Sanjiangyuan: Selangkah Saja dari Langit
- Jelajah Inspirasi China: BRI Dipuji Pegawai Tanzania kerana Galakkan Kerjasama, Ketersambungan global
- Lawatan Inspirasi ke Seluruh China: Guru dari Malta Puji BRI
- Melangkaui Batasan: Perjalanan Gadis 16 Tahun
- Lambaian Sukan Asia, Asyikkan Diri dengan Siang Malam Hangzhou