99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Cerita Bergambar Tukang Bersih di Taman Glasier Gunung Salji Yulong (5)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 22 April 2024
Cerita Bergambar Tukang Bersih di Taman Glasier Gunung Salji Yulong
Foto dron udara yang diambil pada 26 Mac 2024 menunjukkan He Dejun dan He Xinglan mengumpul sampah di taman glasier Gunung Salji Yulong di provinsi Yunnan, barat daya China. (Xinhua/Chen Xinbo)

Lyu Haowei dan rakan-rakan sekerja dia secara amnya ditugaskan untuk membersihkan sampah-sampah di bahagian cenuram taman glasier Gunung Salji Yulong yang terletak di provinsi Yunnan, barat daya China.

Manakala, sekumpulan pekerja lagi termasuk He Dejun pula dipertanggungjawab untuk membersihkan sampah sarap berdekatan dengan pelantar laluan kawasan pemandangan.

Kedua-dua mereka yang telah bekerja di taman tersebut lebih daripada lapan tahun itu telah menyaksikan peningkatan kesedaran terhadap alam sekitar dalam kalangan pelancong agar kurang membuang sampah merata-rata.

Gunung Salji Yulong yang dilitupi salji tersebut terletak dibahagian barat laut bandar Lijiang, dengan ketinggian puncaknya berada pada aras 5,596 meter.

Setakat ini, terhadap 19 glasier di gunung dan pelbagai usaha turut dilaksanakan dalam usaha melindungi sistem ekologi tempatan.

Video

Berita Berkaitan