- Lain-lain
Sarjana Britain Buktikan Kedaulatan China terhadap LCS
Sebuah buku tulisan Profesor Anthony Carty, sarjana perundangan antarabangsa dari Britain, yang berjudul "Sejarah dan Kedaulatan Laut China Selatan (LCS)" telah diterbitkan baru-baru ini, dan turut menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa.
Sejak bermulanya penyelidikan terbabit pada 2009, Profesor Anthony Carty pernah menjejak kakinya ke setiap balai arkib di Britain, Perancis dan Amerika Syarikat (AS) dan pernah membaca bahan arkib dalam bilangan besar yang melibatkan sejarah kedaulatan kepulauan di LCS bermula hujung abad ke-19.
Beliau memaklumkan, merujuk kapada kriteria perundangan antarabangsa Barat, penasihat guaman Kementerian Luar dari kedua-dua negara Britain dan Perancis bersepakat bahawa kepulauan di LCS adalah dimiliki China. Tambahan lagi, arkib sejarah di tiga negara, iaitu AS, Britain dan Perancis boleh membuktikan secara hitam putih bahawa Filipina tidak pernah mengeluarkan tuntutan terhadap kepulauan berkenaan.
Carty mendakwa, terdapat sesetengah negara di luar rantau ini yang mendorong Filipina mengemukakan tuntutan terbabit tanpa mengambil kira sejarah dan fakta yang sebenar. Tujuannya sama sekali adalah untuk mengaut keuntungan dari segi strategi.
"Pendirian yang diambil China terhadap LCS adalah rasional, sedangkan lakonan politik Filipina arahan kuasa luaran yang kurang menyakinkan dari segi sejarah hanya akan menjadi sia-sia sahaja. China seharusnya konsisten dalam membela hak dan kepentingan sendiri di LCS yang dilihat boleh membantu memelihara kedamaian dan kestabilan serantau," katanya lagi.
- Cetuskan Fenomena Damai dan Kerjasama di Laut China Selatan - Wang Yi
- China Siap Siaga Pantau Filipina Beraksi Samseng Jalanan di LCS
- China Tegas Bela Kedaulatan Negara
- Bangunkan LCS Laut Kedamaian dan Kerjasama - Wang Yi
- Penguatkuasa China Bertindak Kawal Perkapalan Filipina di Perairan Terumbu Ren'ai
- Tentara China Ikrar Tindak Balas Tegas terhadap Provokasi di LCS
- China Punya Kedaulatan, Bidang Kuasa ke atas Pulau Huangyan
- CCG Usir Empat Individu Filipina Ceroboh Masuk Pulau Huangyan
- Filipina Dinasihat Buat Pilihan Bijak
- Dasar Bersama Negara ASEAN Jaga Ketenteraman Laut China Selatan Tak Berubah: MFA