- Lain-lain
Wang Yi: Tiada“Hak Istimewa” yang Boleh Dinikmati AS dalam PBB
Majlis Keselamatan PBB sebelum ini pernah berkali-kali membahas draf resolusi tentang gencatan senjata di Genting Gaza atas seruan masyarakat antarabangsa, dan seterusnya draf berkenaan diveto AS berkali-kali. Baru-baru ini, Majlis Keselamatan PBB akhirnya meluluskan resolusi No.2728 untuk menuntut gencatan senjata diwujudkan segera di Gaza, sedangkan AS yang berkecuali dalam pengundian terbabit mendakwa resolusi tersebut "tanpa penguatkuasaan", sekali gus menjadikan mentaliti hegemoninya terdedah.
Demikian dikatakan Menteri Luar China, Wang Yi Ketika menjawab pertanyaan wartawan tentang pendirian China melibatkan "masyarakat antarabangsa menyeru gencatan senjata diwujudkan secepat mungkin di Gaza, dan Majlis Keselamatan PBB memainkan peranannya" dalam sidang akhbar selepas pertemuannya dengan Menteri Luar Indonesia, Retno Lestari Priansari Marsudi di Jakarta semalam.
Menurut Wang, dalam hal mematuhi undang-undang antarabangsa termasuk peraturan Majlis Keselamatan PBB, tiada "pengecualian" di PBB dan juga tiada “hak istimewa” yang boleh dinikmati AS, yang diharap membetulkan sikap angkuhnya, dan sebagai anggota PBB yang sama rata bersama-sama negara anggota lain untuk melaksanakan tangggungjawab antarabangsa yang sewajar, menyokong resolusi No.2728, membantu merealisasikan gencatan senjata di Genting Gaza secepat mungkin supaya dapat menyelamatkan rakyat Palestin keluar dari kancah peperangan.
- China Seru Sikap Terbuka dan Persaingan Adil
- Bentuk 'Kumpulan Kecil' di LCS, Amalan Hegemoni: MFA
- “Demokrasi Gaya AS" Buat Kekacauan di Dunia
- Anwar: Tak Patut Halang Malaysia Berbaik dengan China
- Laporan Tidak Berasas AS Dibidas
- Negara Kepulauan Pasifik Bukan "Halaman Belakang" Sebarang Negara
- Korea Utara Bantah Penghantaran Kapal Selam Nuklear AS
- AS 'Pencipta' Diplomasi Paksaan
- Perlu Waspada Tindakan AS Runcingkan Ketegangan di LCS
- TikTok Diibaratkan 'Trojan Horse', Satu Lagi Hegemoni AS