- Lain-lain
Laporan Tidak Berasas AS Dibidas
China menentang tegas laporan Pejabat Perwakilan Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) yang menyangkal prestasi China melaksanakan komitmen dalam Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Kementerian Perdagangan China membidas laporan berkenaan memutarbelitkan kejayaan China dalam memacu pembangunan ekonomi pasaran sosialis dan melaksanakan pembaharuan dan pintu terbuka, serta menafikan sumbangan China kepada sistem perdagangan multilateral dan ekonomi dunia.
Menerusi laporan berkenaan, Amerika Syarikat (AS) melemparkan tohmahan terhadap dasar ekonomi dan perdagangan China, malah mendakwa pendekatan perdagangan yang berpatutan sebagai 'tekanan ekonomi'.
Berdasarkan prinsip 'AS didahulukan', negara itu membelakangi peraturan WTO, mengamalkan pembulian perdagangan sepihak dan menggubal dasar perindustrian diskriminatif sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Amalan seumpama menjejaskan rantaian perindustrian dan bekalan sejagat serta order perdagangan antarabangsa, di samping merosakkan kepentingan bersama anggota WTO.
- Negara Kepulauan Pasifik Bukan "Halaman Belakang" Sebarang Negara
- Korea Utara Bantah Penghantaran Kapal Selam Nuklear AS
- AS 'Pencipta' Diplomasi Paksaan
- Perlu Waspada Tindakan AS Runcingkan Ketegangan di LCS
- TikTok Diibaratkan 'Trojan Horse', Satu Lagi Hegemoni AS
- China Bantah Tindakan AS yang Bermuka Dua
- AS Lagi Menolak Pemilihan Hakim Baharu Badan Rayuan WTO
- Injak-injak Peraturan Antarabangsa, Kelakuan AS Dibidas
- Laporan ‘Hegemoni AS dan Bahayanya’ Disiarkan
- China Bantah AS Tembak Jatuh Belonnya yang Menyimpang