- Lain-lain
Kereta Api China Catat 1 Bilion Pengguna Suku Pertama 2024
Data terkini pengendali kereta api negara China menunjukkan bahawa sektor tersebut telah mengendalikan 1.01 bilion perjalanan penumpang sepanjang suku pertama tahun ini.
Menurut China Railway, jumlah purata perjalanan harian mencapai angka 11.15 juta, iaitu peningkatan 28.5 peratus tahun ke tahun.
Dalam tempoh sama, sebanyak 10,486 kereta api penumpang beroperasi setiap hari secara purata, naik 15.5 peratus tahun ke tahun.
China Railway turut memaklumkan bahawa kereta api China mencatatkan 99.46 juta perjalanan penumpang sepanjang musim cuti Tahun Baharu Cina pada 10 hingga 17 Februari lalu.
Difahamkan, syarikat itu menjangkakan operasi kereta api yang stabil pada suku kedua 2024, dengan kemuncak perjalanan pada cuti Hari Buruh dan Pesta Perahu Naga.
- HSR Jakarta-Bandung Hantar Lebih 2 Juta Penumpang
- 14 Juta Orang Guna Kereta Api pada 19 Feb
- CR400BF-Z Pertama Kali Ditugas ke Barat Laut China
- Laluan Kereta Api Fangchenggang-Dongxing Mula Beroperasi
- Anwar Setuju Hidupkan Semula Projek HSR KL-Singapura
- Jumlah Penumpang HSR Jakarta-Bandung Kini Lebih 700,000
- Sichuan Pakai HSR dengan Fungsi Cair Salji
- Metro Baharu Mexico City Beroperasi
- Tren Laju 350 km/j Rentas Laut Pertama China Mula Ujian Operasi
- Amboi, Pantasnya! Di Balik Kereta Api Laju 350km/j China