- Lain-lain
Usul AS mengenai Isu Palestin-Israel Gagal Dilulus
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengadakan pengundian terhadap draf resolusi mengenai isu Palestin-Israel yang dikemukakan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Resolusi itu gagal diluluskan dengan mendapat 11 undi setuju, satu undi berkecuali dari Guyana dan tiga undi menentang diberikan Rusia, China dan Algeria.
Wakil Tetap China ke PBB, Zhang Jun berkata AS mengeluarkan usul sendiri selepas negara itu memveto resolusi gencatan senjata di Gaza pada 20 Februari.
Dalam tempoh sebulan lalu, draf berkenaan telah banyak kali disemak, namun tidak menyatakan dengan jelas mengenai gencatan senjata yang menjadi isu paling teras.
Ia menyimpang daripada konsensus sedia ada antara anggota UNSC serta kehendak masyarakat antarabangsa.
Zhang berkata gencatan senjata segera merupakan prasyarat untuk menyelamatkan nyawa, memperluas akses kemanusiaan dan mencegah konflik bertambah teruk.
Namun, usul AS itu menentukan prasyarat untuk gencatan senjata, bersamaan memberi 'lampu hijau' kepada pembunuhan yang sama sekali tidak boleh diterima.
- Penduduk ROK Protes 'Sidang Kemuncak Demokrasi'
- 20 Rakyat Palestin Terbunuh dalam Serangan Israel di Gaza
- Rakyat Israel Tuntut Gencatan Senjata di Gaza
- Israel Digesa Hentikan Pertempuran
- Angka Kematian di Gaza Lepasi 30,000
- Rundingan Gencatan Senjata Gaza Diteruskan
- Tentera AS Bakar Diri di Luar Kedutaan Israel Washington Meninggal Dunia
- Menteri Luar G20 Setuju Selesaikan Konflik Palestin-Israel dalam Dua Fasa
- Sesi Pendengaran ICJ Bincang Kesan Perundangan Pendudukan Israel terhadap Wilayah Palestin
- PNA Bersedia Kontak dengan Hamas di Rusia