- Lain-lain
Galak Guna Produk Buluh, Tangani Pencemaran Plastik: Wakil NPC
Konsep pembangunan baharu antara topik yang hangat dibincangkan sepanjang sesi kedua Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14.
Wang Yucheng, wakil NPC dari kaunti Anji, provinsi Zhejiang, mengetengahkan cadangan 'plastik diganti buluh' untuk mempercepat realisasi nilai produk ekologi.
Sebagai bahan biojisim yang tumbuh pesat dan boleh diurai, buluh menjadi pengganti penting kepada plastik, sekali gus menyediakan pendekatan berkesan untuk mengurangkan pencemaran plastik.
Wang menegaskan perlunya menggalakkan dan menyokong perkembangan industri produk buluh serta mempercepat penggunaannya dalam pelbagai sektor.
Perusahaan berkenaan hendaklah meningkatkan inovasi teknologi dan mengoptimumkan proses pengeluaran agar lebih banyak produk buluh yang bermutu tinggi dapat dihasilkan.
Beliau turut mengesyorkan supaya penggunaan produk buluh giat digalakkan sehingga amalan belanja yang mesra alam dibudayakan dalam kalangan masyarakat.