- Lain-lain
Penternak Biri-biri Orak Langkah ke NPC
Di Dongxiang yang terletak di daerah autonomi Hui Linxia, provinsi Gansu, kebanyakan penduduk tempatan mencari rezeki dengan menternak biri-biri. Zhang Zhongshan, yang dilahirkan pada 1994, ialah salah seorang daripada mereka. Namun, Zhang beransur-ansur mencari cara baharu untuk memelihara biri-biri, berjaya memimpin penduduk kaunti autonomi itu meningkatkan pendapatan, dan dipilih sebagai wakil Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC).
(foto/Xinhua)
“Semasa kecil, selain pergi ke sekolah, saya juga perlu menjaga biri-biri. Tetapi pada masa itu, cara menternak tradisional kurang efektif. Kandang selalu bocor dan kurang kesedaran untuk mencegah wabak biri-biri, membawa risiko besar kepada penternak,” kata Zhang.
Untuk menyelesaikan masalah tersebut, Zhang mengajak penduduk tempatan menubuhkan koperasi untuk menternak biri-biri secara kolektif dan belajar cara penternakan dan penjualan baharu. Pekan itu menerima pakai peralatan pintar yang boleh mengira jarak terbaik antara kandang, mengawal suhu dalam julat yang paling sesuai serta memberi makan dan minum secara automatik. Selain itu, penternak juga melancarkan kedai dalam talian yang membuat jualan secara siaran langsung. Pada awalnya, hanya lima keluarga menyertai koperasi, tetapi dengan hasil yang dibuahkan, lebih ramai mengambil bahagian dan angka itu meningkat kepada 70 hari ini.
(foto/Xinhua)
“Yang dilakukan di sini boleh dipanggil industri,” kata Zhang.
“Dilantik menjadi wakil NPC, satu tanggungjawab bagi saya yang harus menjadi jambatan antara orang ramai dan kerajaan. Saya perlu buat kajian, membawa suara dan cadangan orang ramai ke NPC, serta menyampaikan hala tuju usaha yang ditentukan pada persidangan NPC kepada orang ramai,” ujar Zhang.
- Sesi Kedua NPC Ke-14 Dirasimikan
- China Giat Tingkatkan Permintaan Domestik
- Dasar Fiskal Proaktif Perlu Diperhebat bagi Tingkatkan Kualiti dan Kecekapan
- Persidangan Tahunan NPC Dirasmikan
- Sesi Ke-2 NPC Ke-14 Dirasmikan Esok
- Pucuk Pimpinan PKC Bincang Draf Laporan Kerja Kerajaan
- Agenda Sesi ke-2 NPC ke-14 Diumumkan
- Pucuk Pimpinan PKC Bincang Draf Laporan Kerja Kerajaan
- Pegawai Kanan Parti Serah Laporan Kerja kepada Jawatankuasa Pusat PKC
- Pusat Media Dua Sidang Tahunan Terpenting China Dibuka