99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Kedutaan China Bidas Dakwaan Tidak Berasas Filipina

(CRI)Selasa 20 Februari 2024

Jurucakap Kedutaan China di Filipina membidas dakwaan tidak berasas Filipina berhubung penggunaan bahan kimia beracun oleh nelayan China di sekitar Pulau Huangyan.

Untuk rekod, jurucakap Biro Perikanan dan Sumber Aquatik Filipina (BFAR) pada 17 Feb mendakwa bahawa nelayan China menggunakan sianida di sekitar Pulau Huangyan, dengan sengaja merosakkan kawasan perikanan tradisional nelayan Filipina.

Jurucakap Pengawal Pantai Filipina pada hari yang sama juga mendakwa bahawa tindakan nelayan China tersebut membelakangi hak asasi manusia dan mencabul kedaulatan Filipina.

Namun pada 18 Feb, jurucakap Pengawal Pantai Filipina menyatakan tiada bukti saintifik yang menunjukkan nelayan China menggunakan sianida yang merosakkan terumbu karang dan sumber maritim di Pulau Huangyan.

Mengulas perkara tersebut, jurucakap kedutaan China di Filipina berkata pertuduhan Filipina itu adalah tidak berasas dan direka-rekakan. China memiliki kedaulatan yang tidak dapat dipertikaikan ke atas Pulau Huangyan dan perairan sekitarnya. Kerajaan China amat mementingkan perlindungan alam sekitar dan pemeliharaan sumber perikanan, serta bertindak tegas terhadap kegiatan perikanan yang haram.

Menurut jurucakap itu, pada mutakhir ini, pihak Filipina sering mengeluarkan maklumat palsu berhubung isu laut, dan ia meningkatkan ketegangan di laut serta menjejaskan kestabilan hubungan kedua-dua negara.

Beliau mengingatkan pihak Filipina agar mengendalikan isu laut dengan sikap serius dan bertindak sehaluan dengan China supaya bersama-sama menjaga hubungan China-Filipina serta keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.

Video

Berita Berkaitan