- Lain-lain
China Sedia Mainkan Peranan Membina untuk Tamatkan Peperangan di Ukraine
Menteri luar China Wang Yi ketika mengulangi pendirian negara ini dalam isu Ukraine berkata, China berpegang teguh pada penyelesaian isu hangat melalui cara politik dan mendorong rundingan damai, tidak menjual senjata pemusnah kepada pihak-pihak yang terlibat dalam konflik.
China akan terus memainkan peranan membina untuk menghentikan peperangan dan mewujudkan semula kedamaian.
Beliau berkata demikian ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Ukraine, Dmytro Kuleba sempena Persidangan Keselamatan Munich (MSC) di bandar selatan Jerman itu pada Sabtu.
Wang Yi berkata, China dan Ukraine adalah rakan kongsi strategik, manakala rakyat kedua-dua negara mempunyai hubungan persahabatan tradisional yang baik.
Beliau menegaskan walau situasi antarabangsa berubah, China tetap berharap hubungan kedua-dua negara ini berkembang maju dan membawa manfaat kepada rakyat.
Kuleba berkata, Ukraine bersedia mengekalkan hubungan persahabatan dengan China dan mendorong hubungan kedua-dua negara ke hadapan.
Beliau menyatakan Ukraine menghargai pendirian China untuk menyelesaikan krisis Ukraine melalui cara politik dan berharap China terus memainkan peranan membina dan istimewa untuk mewujudkan kedamaian.
Kuleba menambah bahawa Ukraine bersedia meningkatkan komunikasi dengan utusan khas China bagi hal ehwal Eurasia.
- Dewan Perwakilan AS Tiada Rancangan Undi Pakej Bantuan Luar Negara
- Mesyuarat Menteri Pertahanan NATO Berakhir
- AS Mungkin Kehabisan Dana Bantu Ukraine Hujung Bulan Ini
- Pegawai Britain ke Ukraine akan Jadi Sasaran Serangan: Medvedev
- Sokongan Dana Tambahan kepada Ukraine Gagal Diluluskan di Kongres AS
- Peranan Positif China Berhubung Krisis Ukraine Dipuji
- Mesyuarat Antarabangsa Bincang Penyelesaian Krisis Ukraine
- China akan Hantar Delegasi Sertai Persidangan Isu Ukraine di Arab Saudi
- China Menyeru Mencegah Konflik Rusia dan Ukraine Lagi Meruncing
- Pentagon Umum Bantuan Tambahan USD1.3 Bilion kepada Ukraine