99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Tinjauan CGTN: Lebih 90 Peratus Responden Kecam AS Catut Laba Perang

(CRI)Ahad 04 Februari 2024

Jualan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) ke luar negara mencatat AS$238 bilion (RM1.12 trilion) pada tahun fiskal 2023 tatkala konflik serantau yang tercetus bertubi-tubi menimbulkan kebimbangan serius masyarakat antarabangsa.

Satu tinjauan pendapat umum membabitkan warganet seluruh dunia yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) mendapati 93.88 peratus responden mengecam AS mencetuskan ketegangan di lingkungan sejagat dan mencatut laba daripada peperangan.

Di samping itu, 92 peratus responden menganggap AS meruncingkan lagi ketegangan dan pergolakan serantau, manakala 91.98 peratus berpendapat peningkatan jualan senjata AS membelakangi arus dunia yang menjunjung pembangunan damai.

Bukan itu sahaja, belanjawan pertahanan AS bagi tahun fiskal 2024 juga mencipta rekod baharu dengan mencatatkan AS$886 bilion (RM4.18 trilion).

Sehubungan dengan itu, 88.72 peratus responden melahirkan kebimbangan bahawa amalan AS seumpama akan mencetuskan perlumbaan senjata pusingan baharu di dunia.

Hasil tinjauan juga menunjukkan 94.81 peratus responden menganggap penjualan senjata AS bersangkut paut dengan dasar luarnya, dan menjadi alat penting untuk AS memaksa dan mengawal negara lain.

Video

Berita Berkaitan