99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Laporan tentang Pencabulan Hak Asasi Manusia terhadap Pelarian dan Imigran di AS

(CRI)Jumaat 31 Mac 2023

Laporan "Pencabulan Hak Asasi Manusia terhadap Pelarian dan Imigran di Amerika Syarikat (AS): Fakta dan Kebenaran" dikeluarkan semalam.

Laporan tersebut merekodkan tindakan ngeri dan buruk AS dalam isu pelarian dan imigran dari pelbagai perspektif seperti sejarah dan realiti, serta dalam dan luar negeri.

Menurut laporan itu, AS mempunyai sistem tahanan imigran yang paling besar di dunia. Kini jumlah fasiliti tahanan imigram di kawasan sempadan negara itu melebihi 200 buah.

Laporan itu menyebut, diskriminasi ras yang berakar umbi di masyarakat AS merupakan punca utama kepada isu imigran. Sementara polarisasi politik menjadikan isu imigran bertambah buruk.

Kerajaan AS mencampuri urusan dalaman negara lain, mencetuskan peperangan, menimbulkan bencana kemanusiaan dan krisis pelarian di dunia, namun menolak tanggungjawab dan menyalahkan negara lain.

Menurut statistik, sejak 2001, lebih 800,000 orang terkorban kerana pencerobohan AS, manakala lebih 20 juta rakyat di Afghanistan, Iraq dan Syria menjadi pelarian.

AS patut meneliti kegiatan buruknya dalam isu pelarian dan imigran, membetulkan kesalahan, dan berhenti menghitamkan nama negara lain dan mengekang negara lain dengan alasan hak asasi manusia.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan