- Lain-lain
Komplotan Barat Bendung China Nescaya Gagal
Hampir seratus negara lantang bersuara di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong pendirian sah China, sekali gus memperlihatkan keadilan sediakala tersemat dalam nurani manusia.
Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar Zhao Lijian, sebagai respons terhadap pendirian masyarakat antarabangsa khususnya negara membangun menolak isu hak asasi dipolitikkan.
Dilaporkan, lebih daripada 60 negara menerusi satu kenyataan bersama menyuarakan sokongan ke atas pendirian Beijing dalam isu berkaitan Xinjiang, Hong Kong dan Tibet, dan menolak campur tangan asing dalam urusan China dengan dalih hak asasi.
Untuk itu, Zhao membalas dengan mengatakan, sepanjang mesyuarat Jawatankuasa Ketiga sesi ke-77 Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada Isnin, terdapat 30 negara berdiri teguh bersama China menerusi kenyataan berasingan atau surat bersama, selain Cuba mewakili 66 negara lain mengeluarkan kenyataan mendukung pendirian China.
"Kesemua negara tersebut senada suara menyokong pendirian kami (China)."
"Suara keadilan kembali bergema di podium PBB, seperti yang pernah berlaku semasa sesi ke-51 Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva," kata Zhao dalam taklimat harian di Beijing pada Selasa.
Beliau berkata, dunia sudah jemu dengan frasa ditunjukkan segelintir negara Barat dalam mempolitikkan isu hak asasi dan mengamalkan dwistandard.
Zhao turut menambah, komplotan negara terbabit memburuk-burukkan, menindas dan mengekang China dengan mempergunakan isu Xinjiang, nescaya menemui kegagalan.