99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Kenali Sulaman Manik Xiamen (9)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 31 Januari 2024
Kenali Sulaman Manik Xiamen

Manik warna-warni satu persatu diikat dengan benang dan disusun atur pada kain seiring dengan pergerakan tangan penenun. Inilah yang dipanggil sulaman manik Xiamen.

Sulaman manik Xiamen mempunyai sejarah selama ratusan tahun. Pada 24 Mei, seni ini telah dimasukkan dalam senarai warisan budaya tidak ketara negara.

Pada awal 1920-an, perantau China yang kembali ke kampung halaman membawa pulang baju dan aksesori yang dihias dengan manik kaca, menginspirasi tukang kasut tempatan. Sejak itu, memakai sulaman pada kasut menjadi trend.

Lain dengan sulaman tradisional China, sulaman manik menggunakan manik kaca dan labuci untuk memberikan corak dan warna pada kain. Tekstil yang digunakan juga tidak terhad kepada sutera. Kain bercetak, kain oxford, kulit tiruan dan kulit asli semuanya boleh dijadikan sebagai bahan. Kini, terdapat lebih 100 jenis produk sulaman manik Xiamen termasuk kasut, baju, beg dan sebagainya.

Video

Berita Berkaitan