- Lain-lain
Gaya Tradisional Jadi Trend, Pengeluar Hanfu Sibuk di Shandong (8)
Penstrim menunjukkan Hanfu di depan kamera di sebuah studio penstriman langsung di kaunti Cao, provinsi Shandong pada 24 Jan. (People’s Daily Online/Zhou Linjia) |
Tahun-tahun kebelakangan ini, gaya tradisional makin menjadi trend dalam sektor fesyen di China. Menjelang Tahun Baharu Cina, baju Bainian (aktiviti ziarah pada TBC) dan Mamianqun (sejenis skirt tradisional China) buatan kaunti Cao, provinsi Shandong laris dijual di seluruh negara.
Kaunti Cao merupakan pengeluar terbesar bagi kostum persembahan di China. Pengeluaran Hanfu setempat bermula dari tahun 2018 dan berkembang pesat dengan memanfaatkan e-dagang. Pada masa ini, kaunti itu sudah menjadi penjual 40% Hanfu di pasaran China dengan jumlah nilai jualan mencecah 7 bilion yuan (kira-kira 4.67 bilion ringgit). Dimaklumkan bahawa, terdapat 2,282 perusahaan dan 13,989 kedai dalam talian dalam sektor berkenaan yang meliputi seluruh rantaian di kuanti itu, mewujudkan peluang pekerjaan bagi 100,000 orang.