99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Wang Yi Ucap Tahniah kepada Menteri Luar Baharu Bangladesh

(CRI)Isnin 22 Januari 2024

Menteri Luar China, Wang Yi telah merakamkan ucapan tahniah kepada Muhammad Hassan Mahamud yang menyandang jawatan Menteri Luar Bangladesh bermula 15 Januari lalu.

Wang berkata, China dan Bangladesh merupakan negara jiran yang mengekalkan persahabatan tradisional. Sejak menjalinkan hubungan diplomatik pada 49 tahun yang lalu, kedua-dua pihak sentiasa saling menghormati, mengekalkan kesamarataan, serta mendorong kerjasama yang saling menguntungkan dan menang-menang. Kedua-dua negara saling menyokong dalam isu yang melibatkan kepentingan teras masing-masing sehingga mencapai hasil yang memberangsangkan dalam perkembangan hubungan bilateral.

Wang berkata, beliau bersedia berusaha bersama-sama rakan sejawatnya dari Bangladesh itu untuk melaksanakan konsensus penting dicapai pemimpin kedua-dua negara, dan mendorong hubungan rakan kerjasama strategik China-Bangladesh berkembang menuju ke tahap yang baharu.

Video

Berita Berkaitan