99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Xi Jinping Bertemu dengan Perdana Menteri Bangladesh

(CRI)Khamis 24 Ogos 2023
Xi Jinping Bertemu dengan Perdana Menteri Bangladesh

Presiden China Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina di Johannesburg, Afrika Selatan sempena Sidang Kemuncak BRICS ke-15, pada 23 Ogos.

Xi Jinping menyatakan, China bersedia meningkatkan sinergi dalam strategi pembangunan dengan Bangladesh, mengintensifkan kerjasama pragmatik dengan Bangladesh dalam pelbagai bidang supaya melonjakkan hubungan perkongsian strategik China-Bangladesh ke tahap lebih tinggi, dan membawa lebih banyak limpahan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Beliau menegaskan bahawa kedua-dua negara harus meningkatkan komunikasi strategik, di samping merapatkan pertukaran lawatan dalam pelbagai jabatan dan peringkat.

Beliau turut mahu kerjasama kedua-dua negara dalam infrastruktur, teknologi maklumat, tenaga baharu, dan pertanian ditingkatkan, sementara pertukaran lawatan dalam kalangan rakyat dipertingkatkan.

Sheikh Hasina menyatakan, Bangladesh bersedia merapatkan hubungan dua hala dengan China, meningkatkan kolaborasi kedua-dua negara dalam mekanisme kerjasama pelbagai hala seperti BRICS.

Beliau turut menzahirkan keyakinan bahawa perkembangan mekanisme BRICS akan membawa peluang pembangunan baharu kepada negara-negara membangun.

Video

Berita Berkaitan