- Lain-lain
PM China Temu Pengerusi Persekutuan Switzerland
China bersedia memperhebat pertukaran dengan Switzerland, saling belajar dan memperdalam kerjasama menang-menang dalam pelbagai bidang supaya dapat membuahkan lebih banyak hasil yang substantif.
Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Qiang dalam perjalanannya menumpang kereta api khas dari Zurich ke Bern bersama dengan Pengerusi Persekutuan Switzerland, Viola Amherd semalam.
Menurut Li, tahun depan genap 75 tahun sejak terjalinnya hubungan diplomatik China-Switzerland. China bersedia memanfaatkan momentum itu, memperluas pertukaran daerah dan sosiobudaya dengan Switzerland demi mengeratkan ikatan persahabatan di kalangan rakyat antara satu sama lain.
Beliau menambah, China bertindak konsisten dalam meningkatkan tahap keterbukaan dan menanti-nantikan lebih banyak perusahaan Switzerland melabur ke China.
Viola Amherd menyambut lawatan rasmi Li Qiang dan menyatakan, terdapat banyak syarikat Switzerland yang mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelaburan dan pembangunan di China. Pihaknya bersedia mempertingkat pertukaran sosiobudaya dan persefahaman di kalangan rakyat antara satu sama lain.
Kedua-dua pihak bersejutu mendorong kerjasama dalam inovasi sains dan teknologi, pembangunan hijau, kebudayaan dan pelancongan dan sukan musim sejuk.
- Mesyuarat Pemimpin China-EU ke-24 di Beijing
- Xi Ditemui Pemimpin EU
- Pertemuan Pemimpin China-EU ke-24 Bakal Diadakan di Beijing
- China, Eropah Komited Tingkatkan Penyelarasan dan Kerjasama
- China, EU Mahu Terus Mantapkan Jalinan Muhibah
- Wang Yi Bertemu Sullivan
- EU dan China Perlu Kekalkan Hubungan Strategik Berterusan: Ursula von der Leyen
- Tingkatkan Persahabatan dan Kerjasama China-Sepanyol: Xi
- Pertemuan Presiden China-Czech Secara Maya
- Kawat Tahniah Xi kepada Presiden Baharu Slovenia