99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Xi Ditemui Pemimpin EU

(CRI)Khamis 07 Disember 2023

Presiden China, Xi Jinping telah ditemui Presiden Majlis Eropah, Charles Michel dan Presiden Jawatankuasa Kesatuan Eropah (EU), Ursula von der Leyen yang berada dalam jadual lawatan di China untuk menghadiri Pertemuan Pemimpin China-EU ke-24 di Beijing pagi tadi.

Xi berkata, China dan EU telah mencapai hasil yang agak besar dalam bidang strategi, ekonomi, perdagangan, pembangunan hijau dan digital melalui penganjuran dialog peringkat tinggi selepas kedua-dua Presiden dari pihak Eropah itu melawat China pada penghujung tahun yang lalu. Perkembangan hubungan China-Eropah yang baik selaras dengan kepentingan dan aspirasi rakyat kedua-dua pihak.

Menurut Xi, China dan Eropah bertanggungjawab untuk membawa lebih banyak unsur stabil kepada dunia, menyediakan lebih banyak daya dorongan terhadap pembangunan, dan lebih giat menerajui dan menyokong tadbir urus global.

Tahun ini genap 20 tahun sejak Perkongsian Strategik Komprehensif China-EU dijalinkan. Pada saat memulakan satu era baharu dalam hubungan China-Eropah, kedua-dua pihak perlu terus mengekalkan hubungan rakan kerjasama yang saling menguntungkan, memupuk rasa saling percaya dalam bidang politik, menjana inisiatif impak strategik, mengintensifkan perhubungan berdasarkan kepentingan bersama, menghapuskan pelbagai gangguan, mempergiat dialog dan kerjasama supaya dapat membawa manfaat kepada rakyat kedua-dua pihak.

Di samping itu, China dan Eropah perlu bersama-sama menghadapi cabaran global, dan berganding bahu mendorong kestabilan dan kemakmuran dunia.

Video

Berita Berkaitan