- Lain-lain
TBC Diwartakan Cuti PBB
Sesi ke-78 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menetapkan Tahun Baharu Cina (TBC) sebagai cuti PBB pada Jumaat.
Kuasa Usaha Sementara Misi Tetap China ke PBB, Dai Bing menyatakan TBC bukan sahaja mewariskan konsep tamadun China yang menjunjung keamanan dan keharmonian, tetapi juga membawa nilai bersama manusia yang mengutamakan keharmonian keluarga, keterangkuman masyarakat serta simbiosis antara manusia dan alam.
Menurutnya, sebagai cuti umum di banyak negara dan wilayah, TBC diraikan kira-kira seperlima rakyat seluruh dunia melalui pelbagai cara.
Dai menyifatkan usaha China mendorong TBC menjadi cuti PBB sebagai langkah pragmatik dalam melaksanakan Inisiatif Peradaban Global (GCI) dan menghormati kepelbagaian tamadun dunia.
Tambah beliau, pewartaan TBC sebagai cuti PBB akan turut menyumbang kepada interaksi dan saling belajar sesama tamadun, sekali gus mencerminkan nilai budaya PBB yang menjunjung kepelbagaian dan keterangkuman.
- Loong Chenchen, Maskot Gala TBC 2024
- Penayangan Video Promosi Gala Cap Goh Mei di Seberang Laut
- Model Pekerjaan Pasca TBC
- Sibuk Bertani pada Awal Musim Bunga
- China, S'pura Pulih Sepenuhnya Program Pertukaran
- Riang Ria Semasa Cuti Tahun Baharu Cina
- Lebih 100 Juta Orang Menonton Filem Semasa TBC
- Lebih 300 Juta Perjalanan Domestik pada Cuti TBC
- Pameran Buku TBC Kedai Buku Mandarin China Ke-13 Buka Tirai
- "Merah China" dalam Kereta Api