- Lain-lain
Penayangan Video Promosi Gala Cap Goh Mei di Seberang Laut
Video promosi Gala Cap Goh Mei arahan Kumpulan Media China (CMG) telah ditayangkan di seberang laut dan turut menarik perhatian dari penonton asing, orang Cina dan perantau China.
Contohnya, video tersebut ditayangkan secara berulang melalui 7 keping skrin di kawasan perniagaan pusat (CBD) dan 142 keping skrin di sejumlah taman kediaman di bandar Nairobi, Kenya sepanjang hari 4 Februari lalu, yang dilihat menambah unsur meriah kepada suasana tempatan.
Video tersebut juga ditayangkan di bandar Iguacu, destinasi pelancongan terkenal di Brazil. Selain karnival sempena hari Cap Goh Mei dan persembahan kesenian, Kedutaan Besar China di Brazil dan kerajaan tempatan Iguacu bersama-sama menganjurkan perarakan kapal yang dihiasi lampu dan tanglung.
Sementara itu, pesta tanglung hari Cap Goh Mei tahun Arnab sebagai sebahagian "Kembara Kebudayaan Tahun Baru Cina" anjuran bersama Kedutaan Besar China di Argentina dan kerajaan tempatan telah diadakan di Mardel Plata, Argentina, dan turut menyaksikan penglibatan seramai hampir sepuluh ribu penduduk tempatan dan pelancong asing.
- Model Pekerjaan Pasca TBC
- Sibuk Bertani pada Awal Musim Bunga
- China, S'pura Pulih Sepenuhnya Program Pertukaran
- Riang Ria Semasa Cuti Tahun Baharu Cina
- Lebih 100 Juta Orang Menonton Filem Semasa TBC
- Lebih 300 Juta Perjalanan Domestik pada Cuti TBC
- Pameran Buku TBC Kedai Buku Mandarin China Ke-13 Buka Tirai
- "Merah China" dalam Kereta Api
- Sambutan TBC Pertama di Stesen Angkasa China
- Aktiviti Sambutan TBC Delegasi Tetap China di UNESCO