- Lain-lain
Kukuhkan Asas Pertanian, Pacu Pembangunan Luar Bandar: Xi
Persidangan kerja luar bandar pusat diadakan di Beijing dari Selasa hingga Rabu, menggariskan kerja utama berkaitan pembangunan luar bandar pada 2024.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China Xi Jinping turut memberi arahan tentang kerja membabitkan pertanian, luar bandar dan kaum tani.
Xi berkata sepanjang tahun lalu, China berjaya menangkis impak bencana alam buruk, menyaksikan output bijirin mencatat rekod tertinggi, pendapatan kaum tani semakin meningkat serta masyarakat luar bandar kekal harmoni dan stabil.
Untuk menggerakkan pemodenan ala China, usaha tanpa henti perlu giat dilaksanakan untuk mengukuhkan asas sektor pertanian dan memajukan pembangunan luar bandar secara menyeluruh, kata beliau.
Presiden itu memberi penekanan terhadap pentingnya usaha diperkasa secara serentak dalam empat sektor iaitu pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan, selain mewujudkan sistem bekalan makanan yang pelbagai dan mempertingkat kualiti tanah suai tani.
Hendaklah mengukuhkan daya penggerak sains dan teknologi serta pembaharuan dan melipatgandakan usaha dalam menguasai teknologi teras, tambah Xi.
Beliau juga mahukan kerja pemulihan dan pembinaan semula pasca bencana berjalan lancar, sekali gus meningkatkan keupayaan pencegahan dan pengurangan bencana serta operasi bantuan.
Perlunya mengekalkan prestasi cemerlang kempen membasmi kemiskinan, kata Xi sambil menambah bahawa usaha perlu dilakukan untuk menambah baik pembangunan perindustrian luar bandar serta pembinaan dan tadbir urus luar bandar, sementara memantapkan pelaksanaan pendekatan yang membantu menjana pendapatan lumayan buat kaum tani.
- Dekati Ladang Pertanian Eko di Shanghai
- Cili Hasilan Bohu untuk Kegunaan Bahan Warna Merah
- Pesta Menuai Disambut Meriah
- Xi Sampai Salam Sempena Pesta Menuai
- Lada Merah Bawa Kegembiraan Menuai di Guizhou
- Musim Menuai di Pekan Ra'og, Tibet
- Xi Tekankan Peningkatan Perlindungan dan Kualiti Tanah Ladang
- Nilai Tambah Sektor Pertanian China Meningkat 3.3 Peratus
- Xinjiang: Lebih 50 Peratus Pemindahan Anak Pokok Tomato Diselesaikan
- China Untukkan 10 Bilion Subsidi Pertanian