- Lain-lain
Presiden Xi Arah Usaha Habis-habisan Selamatkan Mangsa Gempa Bumi
Presiden Xi Jinping mengarahkan supaya segala usaha habis-habisan dilakukan untuk mencari dan menyelamat mangsa terjejas akibat gempa bumi yang melanda kaunti Jishishan, provinsi Gansu di barat laut China pada tengah malam Isnin.
Setakat ini, gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter itu mengakibatkan 100 maut di wilayah Gansu dan 11 kematian di provinsi Qinghai.
Bencana itu turut merosakkan infrastruktur seperti bekalan air dan elektrik, pengangkutan serta rangkaian komunikasi.
Susulan itu, Xi menekankan perlunya segala keupayaan diambil untuk menyelamat dan merawat mereka yang cedera, menempatkan semula penduduk yang terjejas, selain melindungi keselamatan nyawa dan harta benda masyarakat setempat.
Satu pasukan kerja sudah dihantar ke kawasan terjejas bagi memberi bimbingan untuk operasi bantuan tempatan. Sementara, barang bantuan kecemasan seperti khemah, katil berlipat dan selimut tebal telah pun tiba di kawasan bencana.
Kerja mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan buat masa ini.
- 9 Maut dalam Gempa Bumi di Filipina
- 2,445 Orang Disahkan Maut dalam Gempa Bumi di Afghanistan
- 2,122 Maut Gempa Bumi di Maghribi
- RCSC Kirim Wang Tunai USD200,000 kepada Maghribi
- Gempa Bumi 5.4 Magnitud Landa Gorontalo, Indonesia
- Gempa Bumi Magnitud 6.1 Landa Jawa Timur
- Teknologi Amaran Awal Gempa Bumi China Depani Dunia
- Gempa Bumi 6.3 Magnitud Landa Utara Halmahera, Indonesia
- Gempa Bumi 7.2 Skala Richter Landa Tajikistan
- Gempa Bumi 5.2 Skala Richter Landa Aceh