- Lain-lain
Pasukan Ekspedisi Antartika ke-40 China Berlepas untuk Penyelidikan Saintifik
Pasukan ekspedisi Antartika ke-40 China yang terdiri daripada 29 anggota berlepas dari Stesen Zhongshan di pinggir Antartika, menuju ke Stesen Taishan, Stesen Kunlun dan Pergunungan Grove di kawasan pedalaman untuk menjalankan penyelidikan saintifik pada Sabtu.
Antaranya 20 anggota pasukan ekspedisi ditugaskan melalui Stesen Taishan dan terus menempuh jalan ke Stesen Kunlun yang terletak pada ketinggian 4,087 meter dari paras laut, iaitu tempat tertinggi di ‘ice sheet' Antartika untuk menjalankan penyelidikan saintifik dalam bidang glasiologi, astronomi, geologi, dan geofizik.
Sementara itu, sembilan anggota yang lain pula memulakan perjalanan ke Pergunungan Grove yang ketinggian purata melebihi 2,000 meter dari paras laut untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang geologi, penggerudian terhadap teras ais dan pencarian meteorit.
Pemunggahan bahan bekalan keperluan ekspedisi dari Kapal “Xue Long” telah diselesaikan dengan mengharungi pelbagai kesukaran selama 16 siang dan malam di Stesen Zhongshan pada Sabtu, dan kemudian kapal itu akan belayar menuju ke Stesen Great Wall untuk misi seterusnya melibatkan penghantaran bahan bekalan keperluan dan penyelidikan saintifik.
Menjalankan penyelidikan dan kerjasama antarabangsa dalam bidang 'frontier technology' di Antartika, dan menjalankan kerjasama dengan negara-negara terbabit dalam jaminan logistik, menjadi satu keutamaan dalam misi ekspedisi saintifik tersebut.
Untuk rekod, ini adalah kali pertama China mengerahkan tiga kapal pembekal ke Antartika, iaitu "Xue Long", "Xue Long 2" dan "Tianhui". Antaranya, kapal "Tianhui" sedang dalam tugasan pemunggahan bahan keperluan untuk pembinaan di satu stesen baharu di Laut Ross, manakala "Xue Long 2" pula sedang dalam pelayaran ke pelabuhan Lyttelton, New Zealand.
- Pembinaan Stesen Ekspedisi Saintifik China di Antartika Berjalan Lancar
- China akan Bina Stesen Penyelidikan Saintifik Baharu di Antartika
- Pasukan Ekspedisi Artik Ke-13 China Tiba di Kutub Utara
- Operasi Perairan Pertama Ekspedisi Arctic Ke-13 China Berakhir
- Kapal Ekspedisi Saintifik Xuelong-2 Berlepas ke Artik
- Ekspedisi Saintifik "Misi Puncak" 2023 Masuk Fasa Kritikal