- Lain-lain
Wang Yi Ucapkan Tahniah kepada Dato' Seri Mohamad Hasan
Menteri Luar China Wang Yi mengucapkan tahniah kepada Menteri Luar Malaysia Dato' Seri Mohamad Hasan pada Rabu lalu.
Wang Yi dalam perutusan tahniahnya berkata China dan Malaysia ialah negara jiran yang bersahabat sejak zaman dahulu. China sentiasa mengutamakan hubungan dengan Malaysia dalam dasar luar terhadap negara-negara jiran.
"Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim mencapai konsensus penting mengenai pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia pada Mac lalu, sekali gus menggariskan arah perkembangan hubungan kedua-dua negara pada masa akan datang."
"Tahun depan ialah ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia. Saya berharap menjalin hubungan kerja yang baik dengan Dato' Seri Mohamad Hasan, menggalakkan pelaksanaan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, agar memperkasakan pembinaan komuniti berkongsi nasib China-Malaysia dan memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara," kata Wang Yi.
- Belajar Bahasa Cina Makin Jadi Trend di Kalangan Bukan Cina Malaysia
- Industri Hotel Malaysia Optimistik Pengecualian Visa Mampu Tingkat Kehadiran Pelancong China
- Duta Besar Malaysia: Dasar Visa Baharu Janjikan Pelbagai Manfaat
- Malaysia Destinasi Hangat Susulan Pengecualian Visa kepada Warga China
- Menteri Luar China, Malaysia Bertemu di New York
- Dasar Pengecualian Visa Mudahkan Pergerakan Rakyat China, Malaysia
- Malaysia Umum Pengecualian Visa 30 Hari buat Pelancong China
- Kementerian Luar: China akan Lancar Dasar Bebas Visa untuk 6 Negara Termasuk Malaysia
- China, Malaysia Ikrar Memacu Pembinaan Bersama BRI
- China dan Malaysia Mahu Perluaskan Perdagangan Pertanian