- Lain-lain
Pertemuan Pemimpin China, AS Beri Mesej Positif: Tokoh Jepun
Pertemuan antara pemimpin China dan Amerika Syarikat (AS) di San Francisco mengeluarkan mesej positif lagi jelas ke arah memantapkan hubungan bilateral.
Demikian pandangan dizahirkan tokoh-tokoh Jepun dalam temu bual bersama Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini.
Semasa pertemuan itu, Presiden Xi Jinping mengesyorkan usaha sama dalam lima perkara bagi mewujudkan visi baharu hubungan China-AS iaitu membina persepsi yang betul, mengawal perselisihan pendapat dengan berkesan, memperkasakan kerjasama saling untung, memikul tanggungjawab negara besar dan mempromosi interaksi dalam kalangan rakyat.
Pengarah Institut Komuniti Asia Timur Jepun, Magosaki Ukeru berkata pemimpin China dan AS mencapai persetujuan untuk memulihkan pertukaran peringkat tinggi antara pihak tentera. Ia meletakkan asas baik bagi mengelakkan salah faham dan salah anggap dari segi ketenteraan.
Beliau juga menganggap usaha sama melibatkan lima perkara itu konsisten dengan pendirian China selama ini. Ia ditegaskan Presiden Xi dalam pertemuan dengan Presiden Joe Biden sebagai asas penting bagi menjalankan dialog antara kedua-dua pihak.
Pihak AS pada prinsipnya memahami lima perkara itu kerana menyedari perlunya bersinergi dengan China bagi memelihara order dunia dengan baik.
Profesor Marukawa Tomoo dari Institut Sains Sosial Universiti Tokyo berkata, berasaskan risiko dikawal secara baik, rintangan perdagangan diharap dapat dihapuskan sesama China dan AS bagi mendorong pemulihan hubungan dua hala.
- Xi Syor Cipta Lagi 'Tiga Dekad Keemasan' Pembangunan Asia Pasifik
- Tokoh-tokoh Antarabangsa Sanjung Tinggi Ucapan Xi di APEC
- Presiden Xi Jinping Kembali ke Beijing
- Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin APEC ke-30 Labuh Tirai
- Presiden Xi Kemukakan Cadangan bagi Galakkan Pembangunan Bersama Asia Pasifik
- Berganding Bahu Hadapi Cabaran Global, Wujudkan Kemakmuran Bersama Asia Pasifik - Presiden Xi
- Xi Hadiri Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Ekonomi APEC Ke-30
- Pembangunan Lestari, “Kunci Emas” bagi Penyelesaian Masalah Sejagat -- Xi
- AS Batalkan Sekatannya terhadap IFSC
- Presiden Xi Jinping Bakal Bertemu dengan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida