99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Kru Shenzhou-17 Masuk Stesen Angkasa Lepas

(CRI)Jumaat 27 Oktober 2023

Kru Shenzhou-17 berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada Khamis.

Menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA), kru Shenzhou-16 membuka hac kabin pada pukul 7.34 malam untuk menyambut kedatangan tiga angkawasan Shenzhou-17 iaitu Tang Hongbo, Tang Shengjie dan Jiang Xinlin. Mereka turut mengambil gambar kenangan bersama-sama.

Tang Hongbo, komander misi Shenzhou-17, merupakan antara kumpulan pertama angkasawan China yang ditempatkan di stesen angkasa pada 2021.

Dua tahun kemudian, beliau sekali lagi terpilih bertugas di Tiangong yang kini mempunyai ruang lebih besar dan selesa.

Beliau turut menjadi angkasawan China yang merekodkan waktu selang terpendek antara dua misi penerbangan.

Kru dua kapal angkasa itu akan melakukan pertukaran syif dan tinggal bersama-sama di stesen angkasa selama kira-kira empat hari untuk menyiapkan pelbagai tugas yang ditetapkan.

Video

Berita Berkaitan