- Lain-lain
Padi Ditanam di Stesen Angkasa China Tumbuh Biji Kecil!
Mutakhir ini, stesen angkasa China berjaya menyelesaikan konfigurasi asas bentuk huruf "T" dan pemasangan di orbit setelah modul eksperimen Mengtian menyiapkan transposisi.
Kru angkasawan terbabit telah berjaya menjalankan misi aktiviti luar kenderaan (EVA) buat beberapa kalinya sejak stesen angkasa Tiangong memasuki fasa pembinaan.
Pelbagai kajian eksperimen teknologi saintifik yang dilakukan angkawasan di ruang angkasa turut mencapai hasil penyelidikan.
Justeru, bagaimanakah kemajuan dicapai dalam proses pelbagai kajian yang sedang dijalani di Tiangong buat masa ini?
Di dalam kabinet eksperimen ekologi hayat stesen angkasa China, padi angkasa lepas kini telah menghasilkan biji padi yang kecil selepas bercambah dan bertumbuh sejak ia disuntik dengan larutan nutrien pada hujung Julai lalu.
Ini secara tidak langsung menyaksikan julung-julung kalinya keseluruhan penanaman kitaran hayat dari benih ke benih diselesaikan di bawah keadaan mikrograviti di ruang angkasa di dunia.
Difahamkan, padi angkasa lepas itu telah memasuki fasa pematangan buat masa ini.
Selanjutnya, angkasawan akan mengumpul benih dan daun berkaitan untuk membawa balik sampel tersebut ke Bumi bagi kajian spesifik yang lebih mendalam.