99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Xi Bentangkan Cetak Biru Pembangunan Bersama BRI, Dorong Modenisasi Sedunia

(CRI)Jumaat 20 Oktober 2023

Forum Kerjasama Antarabangsa Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) ke-3 melabuhkan tirainya di Beijing semalam, diserikan dengan kehadiran wakil dari lebih 140 buah negara dan 30 pertubuhan antarabangsa. Pada majlis perasmian, Presiden China, Xi Jinping telah memperkenalkan hasilan yang signifikan dalam pembangunan bersama BRI pada sedekad lalu, menimba pengalaman dari praktik yang berpandukan "berbincang bersama, membina bersama, berkongsi dan menang-menang", serta membentangkan cetak biru pembangunan BRI yang berkualiti tinggi, di samping mengumumkan rancangan tindakan konkrit yang akan diambil China.

BRI yang dikemukakan Xi pada tahun 2013 telah diterjemahkan menjadi tindakan, dengan menyaksikan penandatanganan dokumen kerjasama dalam kerangka terbabit antara China dengan 150 negara dan 30 pertubuhan antarabangsa, merancakkan pelaburan bernilai USD1 trilion (RM4.76 trilion) melalui 3,000 projek yang mampu menyediakan 420,000 peluang kerja dan membantu 40 juta orang membebaskan diri daripada belenggu kemiskinan.

Xi membuat rumusan berdasarkan pengalaman sepuluh tahun lalu bahawa umat manusia adalah komuniti berkongsi nasib yang saling bergantung. Semangat Jalan Sutera yang menyanjung tinggi kerjasama damai, keterbukaan dan keinklusifan, saling belajar dan menang-menang adalah momentum yang paling penting bagi pembangunan bersama BRI.

Pada saat memperingati ulang tahun ke-10 BRI, Xi mengumumkan akan terus memacu pembangunan bersama dalam kerangka BRI ke arah yang berkualiti tinggi dari lapan aspek yang melibatkan usaha membangunkan jaringan kesalinghubungan dan ekonomi dunia yang terbuka, menmperincian kerjasama yang substantif, menggalakkan pembangunan hijau, mendorong inovasi teknologi serta menyokong pertukaran di kalangan rakyat.

Video

Berita Berkaitan