99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

BRI Dapat Pujian Pemimpin Asing

(CRI)Jumaat 20 Oktober 2023

Majlis perasmian Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) edisi ketiga diadakan di Beijing pada Rabu.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres dalam ucapannya berkata didorong Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), negara-negara terlibat mendapat lebih banyak peluang dalam bidang infrastruktur dan mempercepat realisasi matlamat pembangunan mampan.

"BRI membawa harapan dan kemajuan kepada berbilion orang serta planet yang kita kongsikan ini," kata beliau.

Presiden Rusia Vladimir Putin berkata kebanyakan negara di dunia menginginkan kerjasama yang setara dan saling untung, mengejar pembangunan ekonomi dan kebajikan masyarakat yang menyeluruh dan mampan, serta menghormati kepelbagaian tamadun.

"Setiap negara berhak memiliki model pembangunan sendiri. Berdasarkan prinsip asas ini, BRI amat padan dengan proses integrasi pelbagai rantau," ujar beliau.

Presiden Kazakhstan Kassym-Jomart Tokayev pula berkata China memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan global dan merupakan enjin pembangunan ekonomi dan teknologi.

"BRI menjadi produk awam antarabangsa yang sangat menarik dan juga sebuah platform kerjasama penting. Ia menyaksikan banyak hasil positif dicapai," tambah Tokayev.

Sementara itu, Presiden Indonesia Joko Widodo merakamkan ucapan terima kasih kepada China atas sumbangan positifnya terhadap kemajuan negara-negara membangun melalui BRI.

"Kami (Indonesia) berharap inisiatif itu akan mencapai hasil lebih besar dan menantikan pelan seperti pembinaan ibu negara baharu Indonesia dan transformasi tenaga dapat diselaraskan dengan BRI," kata Jokowi.

Video

Berita Berkaitan