- Lain-lain
Sektor Kurier Laju China Catat Perkembangan Pesat Lapan Bulan Pertama 2023
Seorang kurier menghantar bungkusan di daerah Haidian di Beijing, ibu negara China, 17 Jun 2023. (Xinhua/Ren Chao)
Memetik data rasmi yang dikeluarkan Biro Pos Negara, sektor kurier China berjaya mencatatkan pertumbuhan dua angka dari segi jumlah perniagaan dan hasil sepanjang lapan bulan pertama tahun ini.
Menurut biro tersebut, jumlah pendapatan yang diperoleh sektor kurier dalam tempoh itu direkodkan sebanyak RMB748.81 bilion (anggaran RM490 bilion), sekali gus memperlihatkan peningkatan 10.7 peratus tahun ke tahun.
Difahamkan, syarikat-syarikat dalam sektor terbabit turut mengendalikan 81.46 bilion bungkusan dalam tempoh yang sama, iaitu melonjak sebanyak 15.9 peratus berbanding tahun terdahulu.
Untuk rekod, pada bulan Ogos sahaja, 11.16 bilion bungkusan dihantar menggunakan kurier, dengan jumlah pendapatan meningkat 12.3 peratus tahun ke tahun kepada RMB99.28 bilion (kira-kira RM65 bilion).