99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

C919 Terima Tempahan Menggalakkan

(CRI)Isnin 11 September 2023

Pesawat penumpang C919 yang dibangunkan China sendiri menerima tempahan sebanyak 1,061 sejak mendapat sijil pengesahan daripada Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) pada September tahun lepas.

Demikian kata Pengerusi Lembaga Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC), He Dongfeng dalam majlis pembukaan Forum Inovasi Pujiang yang berlangsung di Shanghai pada Ahad.

Menurut beliau, hasil pembangunan inovatif selama 15 tahun, pesawat penumpang bersaiz besar China kini terdiri daripada pesawat jet jarak dekat ARJ21, pesawat berbadan sempit jarak sederhana dan pendek C919 dan pesawat berbadan lebar jarak sederhana dan jauh C929.

Setakat ini, ARJ21 memperoleh sebanyak 775 tempahan dan 112 daripadanya sudah memulakan operasi komersial.

Sebagai pelanggan pertama ARJ21, TransNusa Indonesia mengendalikan laluan penerbangan domestik serta laluan ke Malaysia dan Singapura menggunakan pesawat itu, dengan menghantar seramai 8.6 juta orang penumpang.

C929, pesawat jet antara benua pertama yang dibangunkan China, kini berada dalam fasa reka bentuk.

Pesawat itu dijangka dapat menampung 250 hingga 350 penumpang dengan kemampuan jarak penerbangan sejauh 12,000 kilometer.

Video

Berita Berkaitan