- Lain-lain
Keistimewaan Pesawat C919
(CRI)Isnin 12 Disember 2022
Pesawat penumpang C919 pertama yang dibangunkan China dengan beberapa ciri-ciri istimewa telah diserahkan kepada pelanggannya, China Eastern Airlines pada Jumaat.
Difahamkan, antara keistimewaan pesawat itu adalah ia dilengkapi dengan 164 tempat duduk, termasuk 8 tempat duduk di kabin perniagaan dan 156 tempat duduk di kabin ekonomi.
Bagi tempat duduk di bahagian tengah pula, ia direka lebih lebar 1.5 cm demi keselesaan penumpang.
Selain tempat duduk, pesawat buatan China itu juga mempunyai reka bentuk yang mementingkan keselesaan termasuk lampu kabin yang mempunyai pelbagai model cahaya mengikut saat berlainan seperti pelepasan, penurunan, penerbangan, penumpang masuk dan keluar cabin.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang