- Lain-lain
Xi Kunjungi Satu Kampung Terpencil yang Dilanda Banjir (2)
Pada 7 September lalu, Presiden China, Xi Jinping bertolak dari bandar Harbin, provinsi Heilongjiang dengan menaiki kereta api dan kemudian meneruskan perjalanannya dengan menaiki kereta ke sebuah kampung kecil yang bernama Longwangmiao yang didiami 500 orang penduduk.
Kampung Longwangmiao merupakan 'lubku kecil' di kawasan bahagian timur-laut yang merupakan 'lubuk besar' bagi penghasilan bijirin di China. Pada bulan Ogos lalu, kampung ini dilanda banjir yang paling serius dalam tempoh hampir 70 tahun lalu yang turut mengakibatkan separuh perladangan dan perumahan terkesan.
Presiden Xi mempunyai pengalaman hidup di desa selama tujuh tahun bermula usia 15 tahun. Maka, beliau hafal urusan pertanian. Kali ini, beliau memilih turun ke sawah untuk mengambil tahu keadaan tanaman padi yang terkesan, dan turut memberi arahan bahawa hendaklah berusaha dengan sedaya-upaya untuk meminimumkan kerugian semasa musim menuai ekoran bencana.
Kemudian, Xi berjalan kaki ke kawasan kampung untuk melihat keadaan perumahan yang terkesan dan perkembangan pembaikpulihannya.
Setelah memasuki rumah Pak Yang Chungui yang baru selesai dibina, Xi sambil melihat sambil bertanya bahawa apa yang masih diperlukan untuk hidupnya. Pak Yang menjawab bahawa pihak berkuasa tempatan sudah mempertimbangkan dan mempersiapkan semua perincian untuk hidup harian penduduk. Tugas mereka sekarang adalah membina rumah dengan baik dan membuat persiapan untuk menuai pada musim gugur.
Dalam tempoh tinjauan tersebut, Xi mengarahkan kerajaan tempatan agar memperhalusi perancangan dan tindakan yang melibatkan masalah hidup rakyat dalam pelbagai bidang, dan memastikan mangsa mengalami musim sejuk dengan selamat.
- Xi Ucap Takziah kepada Presiden Brazil
- Xi Arah Usaha Habis-Habisan SAR Mangsa Banjir Sichuan
- Xi Arah Usaha Habis-Habisan SAR Mangsa Banjir Sichuan
- Lagi Dana Diperuntukkan Tangani Bencana Banjir
- Banjir Beijing: 33 Maut, 18 Masih Hilang
- Bekalan Elektrik Dipulihkan di Banyak Kawasan Banjir di Utara China
- Naib PM China Tinjau Kerja Tangani Banjir
- Banjir Beijing: Komunikasi Dipulihkan di Semua Kampung Terjejas
- Beijing, Tianjin dan Hebei Pergiat Usaha Tangani Banjir
- Kisah Menyentuh Jiwa Saat Hujan Lebat Mencurah