99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

HSR JKT-BDG Usaha Sama China-Indonesia Beroperasi Hari Ini

(CRI)Khamis 07 September 2023
HSR JKT-BDG Usaha Sama China-Indonesia Beroperasi Hari Ini

Kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Jakarta-Bandung yang dibina bersama oleh China dan Indonesia mula beroperasi hari ini.

Dengan kelajuan operasi maksimum 350 kilometer sejam, masa perjalanan untuk jarak 142.3 kilometer antara Jakarta, ibu negara Indonesia dengan Bandung, bandar pelancongan terkenal negara itu akan berkurangan dari lebih 3 jam kepada 40 minit sahaja.

Penjualan tiket yang menandakan operasi komersial HSR akan dimulakan secara rasmi pada awal bulan Oktober.

Ia juga menandakan Indonesia telah memasuki era HSR, dan China dan Indonesia telah melakar pencapaian yang signifikan dan ikonik dalam pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Menurut maklumat dari seorang pegawai yang bertugas dalam Syarikat Kumpulan Landasan Kereta Api China, HSR Jakarta-Bandung merupakan HSR pertama di Indonesia bahkan Asia Tenggara, dan juga projek ikonik dalam kerjasama substantif dan penyelarasan pelaksanaan BRI China dengan gagasan Poros Maritim Global Indonesia. Kesemua teknologi dan piawaian yang diterapkan untuk infrastruktur sepanjang laluan tersebut adalah buatan China.

Video

Berita Berkaitan